24 February 2009

TUTORIAL : TUKAR TEMPLATE BLOGSPOT

Tutorial kali ini adalah cara untuk menukar template di Blog(blogspot). Caranya mudah,tapi bagi newbie dlm dunia blog ia agak susah untuk difahami.
Template yang disediakan oleh Blogger.com hanyalah simple dan ada sesetengah blogger inginkan kelainan dlm rupa bentuk blog beliau,dengan menukar template yang lebih cantik mungkin akan menarik lebih ramai pegunjung ke dlam blog,penting untuk mencari template yang sesuai dan memenuhi citarasa blogger dan kena dengan tema sesuatu blog tersebut.Ok,di bawah ini saya tunjukkan cara bagaimana menukar template.

1.Anda perlulah download dahulu template dari website yang menyediakan template percuma dengan mencarinya dari Google Search.Tapi untuk memudahkan anda saya sertakan antara laman web yang menyediakan perkhidmatan download percuma template Blogger.

2.Bila sudah ada template,Login ke dashboard Blogger.com,kemudian pilih Layout pada blog anda.Dan klik pada Edit HTML.Dibawah saya sertakan gambar untuk memudahkan anda.
(klik gambar untuk lihat lebih besar)


3.Backup dahulu blog anda dengan klik pada Download Template dan save dalam PC anda.Kemudian klik butang Browse untuk pilih template yang didownload format xml,dan klik butang Upload untuk uploadkan template ke blog anda.


4.Setelah selesai uploading,akan keluar seperti di bawah,jangan Save Template lagi dan klik butang Preview dahulu untuk melihat blog anda dalam template baru.Setelah itu barulah klik pada butang Save Template dan Confirm and Save Template anda.


5.Dah selesai barulah View Blog anda,dan siaplah blog anda dengan template yang baru.


Ok,amacam?senangkan..diharap tutorial ini dapat menarik minat anda untuk terus berblogging.
Sekian..

BACA SELANJUTNYA......

23 February 2009

TUTORIAL : BINA BLOG BLOGGER

Disini saya ingin menunjukkan cara-cara untuk membina webblog menggunakan khidmat blog yg percuma iaitu Blogger.com.Ramai yg sudah tahu membina blog ini,tapi masih banyak penggemar blog yang berminat tetapi tak tahu nak bina blog sendiri.Ok,mari kita sama-sama belajar macamana nak bina blog ni,mudah jer.

1.Anda mestilah mempunyai akaun email dari gmail.Kalau belum,anda dikehendaki daftar dahulu di Gmail.com.
2.Masuk ke laman Blogger.com dan klik di create blog.Dan seterus ikut seperti gambar di bawah.(klik gambar untuk besarkan)

3.Namakan Blog Anda mengikut kehendak anda dan pastikan alamat blog anda (http://nama-blog.blogspot.com)belum lagi digunakan.Juga anda perlu memilih alamat blog yang betul-betul sesuai kerana ia tidak boleh ditukar selepas didaftarkan.

4.Kemudian pilih template yang sesuai/anda suka,ini cuma template yang disediakan oleh pihak Blogger.kalau anda ingin template yg lebih cantik perlulah download template dari web lain.Dan cara-cara untuk menukarnya akan saya tunjukkan kemudian.

5.Dan telah siap blog anda.

6.Dan akhirnya siaplah satu blog anda.Disini bolehlah anda mula berblogging.



Semoga tutorial ini dapat memudahkan anda untuk membina laman blog tanpa ragu-ragu lagi.
Sekian.

BACA SELANJUTNYA......

APA ITU BLOG?








Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):Blogger - Milik Google.com
Wordpress

Kelebihan blogger

  • Percuma.
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
  • Boleh upload gambar dalam control panel.
  • Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
  • Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.

Kelemahan blogger

  • Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.

Kelebihan Wordpress

  • Percuma tetapi untuk mengubahsuai template, perlu membayar USD25 untuk upgrade
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang komprehensif.
  • Mempunyai Categories iaitu setiap post dibahagikan mengikut kategori masing-masing.
  • Mempunyai Pages iaitu page yang dapat diisi dengan custom content mengikut kemahuan user seperti about,links dan apa-apa yang sesuai.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
  • Pengunjung tidak perlu mempunyai akaun wordpress untuk memberikan komen.
  • Setiap komen yang diberikan oleh pengunjung boleh di’moderate’.

Kelemahan Wordpress

  • Tidak sesuai untuk newbies. Tetapi tidak memerlukan masa yang panjang sekiranya hendak belajar menggunakannya.
  • Tidak dapat mengubahsuai template, perlu upgrade dan membayar sebanyak USD25 untuk unlock fungsi edit template.

Pesanan penting:
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:

Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.com
Wordpress: nama_akaun_anda.wordpress.com

Jadi apa tunggu lagi, buat anda yang berminat untuk mencuba, daftarlah sekarang. Sekiranya ada apa-apa kekurangan atau kesilapan di dalam artikel ini, diharap anda dapat memberikan komen dan teguran.

Sekian terima kasih.

credit to infomalaya.com

BACA SELANJUTNYA......